Apa dah jadi ni. Tadi wak tulis lain dia keluar yang lain pulak. Minta maaf pada kawan yang komen tadi.Wak dah padam kan.
Wak nak tulis macam ni......
Tengah hari tadi wak dapat msg dari anak pompuan wak. Ghupa ghupanya hari ini besday dia yang ke 24th.
Bukannya wak lupa, wak buat saja saja eje. Dah besau panjang ghupanya anak wak, dah boleh cari menantu dah ni. Ada ke sapa sapa kengkawan sudi berbesan ngan wak hehehehe.
Bulan april kalau tak ada aral melintang dan kalau di izinkan tuhan anak pompuan wak tamat le pengajiannya peringkat ijazah.
Tu le kesahnya. Jumpa lagi dan senyum senyum le selalu. Byeeee.
Di luar panas di dalam pun panas. Hari ini tak sampai 2 jam buat kerja. Lepas tu bekalan letrik terputus sampai ke waktu lunch.Nasib le labu apo nak di kato, wak dan staf lain kepanasan. Masing masing bawak haluan.
Sembang sembang hari rabu jumpa lagi dan senym senym le selalu.Byeeee,
Alhamdulillah di izinkannya bersua kembali. Salam di kirim di angin nan lalu. Kawan kawan apa kabar harap harap sehat , ceria dan gumbira selalu.
Tentu kawan kawan dah mnikmati makan tengah hari . Kalau yang belum makan tu pergi le makan, jangan biarkan perut kita kosong nanti lain pulak jadinya. Kesihatan perlu di jaga.
Wak baru saja makan. Hari ni wak makan sorang2 . Datin mengajar peserta kursus.Makan tadi bestnya kena dengan cita rasa nasik kerabu.
Tiga hari cuti kawan kawan ke mana? Wak tak kemana mana sebelah pagi pulun berjogging. Hari sabtu dan ahad ke majlis perkahwinan.Pendek kata minggu pertama bulan Mac ini sampai le akhir bulan wak dah terima kad jemputan kahwinnn.
Tu le ceritanya. Kita jumpa lagi dan senyum senyum le selalu. Byeeee.
Tengah hari tadi dapat msg dari anak pompuan wak. Ghupa ghupanya hari ini besday dia yang ke 24th.
Bukannya wak tak ingat, wak saja aje nak tengok riaksi dia.Dah besar ghupanya anak dara wak ni dah bolih cari menantu dah ni. bolih le kita berbesan pada sesiapa yang sudi hehehehe.
Insyallah kalau tak ada aral melintantan dan kalau di izinkan Tuhan bulan April ni tamat le pengajiannya peringkat ijazah dan pada bulan lapan dia konvekesyen.
Sembang sembang hari khamis. Jumpa lagi dan senyum senyum selalu.byeee.Lapau le ade sapa sapa yang nak belanja wak....?
Salam Jumaat,penghulu segala hari dan salam Maulidul Rasul. Syukur alhamdulillah bersua kembali.
Baru balik dari joging. Ramai yang berjoging hari ini tua muda termasuk kanak kanak turut berjoging seronok tengok kerenah masing2. Pagi ini terjumpa dengan Shari AF 1 pun turut berjoging.
Kesihatan perlu di jaga. Kita cuma berusaha tuhan yang menentukan segala galanya. Kalau badan kita sehat.....semuanya sehat.Yang penting jaga permakanan kita.
Sembang2 hari Jumaat. Jumpa lagi dan senyum2 le selalu. Senyuman adalah sebahagian senaaman yang mudah. Byeeee.
Selamat beristirehat bersam keluarga yang tersayang.
Wak ingatkan Pc Wak ada problem. Alahai rupa rupanya e kawan yang bermasaalah . E kawan ekawan apa dah jadi ni.
Duduk kat Cameron Highland hari tu.
Alooo my prend apa kabar semua. Harap sehat, ceria dan gumbira selalu. Wak dah balik.....wak dah balik dari cuti2 M'sia.hari khamis lepas. Malangnya e kawan tak bolih bukak.
Tu le cerita hari ini. Jumpa lagi di lain hari dan jangan lupa senyum2 le selalau. Assalammualaikum.
Salam buat kawan2 semua. Apa kabar? Harap2 sehat semuanya, ceria, gumbira dan sentiasa mengukirkan senyuman.
Setiap kerja baik yang kita lakukan, Biar tuhan yang membalasnya.
Semuga kita di beri kesihatan yang baik untuk menjalankan tugasan harian yang telah di amanahkan dan semuga kita terus di murahkan rezeki.
Selamat bercuti. Tentu ada di kalangan kawan2 kita yang akan balik kampung atau cuti2 M'sia, hati2 bila memandu supaya sampai ke distinasi yang di tuju.
Wak sekeluarga pun nak pergi cuti2 M'sia ( Camaron Higland) pada hari Isnin ni dan balik pada hari Khamis. Insyallah.
Sebelum kita menjalankan tugasan hari ini. Apa kata jom kita sarapan dulu.
Sembang2 hari Jumaat jumpa lagi dan senyum2 le selalu. Assalammualaikum.
Salam bahgia dan salam muhibbah buat kawan2 sekelian.bersua kembali.
Petang tadi dalam pukul 2.30 wak ada temu janji dengan doktor di Pusat Perubatan Premiar UKM Sg. Besi.Kali terakhir wak jumpa doktor pada 12/8/2009. ( 6 bulan lalu)
Dua minggu lepas pegawai perubatan telah menganbil darah wak 2 tiub kecil. Hari ini baru dapat keputusan tahap kesihatan wak.
Syukur Alhamdulilla berkat doa kawan2 semua tahap kesihatan wak di izinkan tuhan semuanya baik. Doktor bagi tahu ..... Tekanan darah....136/70........kandungan gula dalam darah 4.4..........Kolestorol yang baik......2.44.......kolestolol yang jahat 2.47........ buah pinggang baik......denyutan jantung baik.
Syukur yang tak terhingga pada tuhan yang maha esa.Tak sia2 xtvt wak seminggu 3- 4 kali berjogging. Sebelum beredar doktor kata teruskan xtvt u berjogging selagi mampu. Terima kasih doktor.
Kawan2 sekelian walau pun kita nampak sehat ke tak sehat ke eloklah kita buat pemeriksan doktor, sekurang kurangnya kita akan tahu tahap kesihatan kita.
Okey kawan2 jumpa lagi dan senyum2 le selalu, Byeeee.
Salam buat teman teman semua.Syukur alhamdulillah bersua kita kembali.
Malam tadi balik dari solat isyak tengok ada kereta BMW pakir kat depan rumah,lampu pagar menyala, di dalam hati berkata siapa pulak datang kerumah ni.
Wak ingatkan mesti ada orang jauh datang ni. Anggappan wak meleset, rupa2nya anak dan is3nya datang.Cheq(panggilan diri dia) dah tukar kereta baru 2 minggu.
Bukanlah wak nak bermegah2, sekurang kurangnya wak rasa berbangga dengan izin tuhan dapat membesarkan dan mendidik anak2 sehingga berjaya. Inyallah anak pompuan wak bulan april ni akan tamat pengajian peringkat ijazah. Anak wak 2 orang aje.
Wak selalu berpesan dan ingatkan sampai ke hari ini pada anak2, kita hidup ni jangan sonbong dan jangan lupa diri apabila dah berjaya nanti.
Sembang2 pagi selasa, jumpa lagi dan senyum2 le selalu. Byeeeee.
Alamgkah indahnya di waktu burung burung berkicauan menyanyi nyanyi.
Salam buat teman teman semua. bersua kembali semuga teman teman sehat , ceria dan gumbira selalu.
Kermarin (ahad) selepas menunaikan tanggung jawap, seawal pukul 7.15pagi keluar rumah otw ke tempat jogging. Kalau kawan kita Zulm tiap2 minggu dia main golf, wak tiap hujung minggu jogging cukup lah. Kalau wak pandai main golf bolih le join tak gitu Zulm ( stedy le zulm wak gurau2 aje.)
lepas jogging relaxkan fikiran, buat senaman ringan sejukkan badan.
Itulah yang sempat di ceritakan pagi ini, jumpa lagi dan senyum senum le selalu. Byeee.
Salam buat teman teman semua. Bersua kita sekali lagi agar sentiasa ceria selalu.
Kejayaan milik hakiki.... Semua orang boleh berjaya walau pun tidak pandai atau pun tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Ramai menyangka dia boleh berjaya apabila dapat melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain iaitu dengan hasrat hendak mengalahkan orang itu, tetapai itu tidak mungkin.
Dalam kehidupan ini akan sentiasa ada orang lain yang kebih baik dari diri kita. Kejayaan adalah apabila kita mampu hidup bersama, bekerja bersama .
Bertanyalah pada diri, apakah yang paling penting dalam hidup kita,itulah yang dijadikan ukuran kejayaan. Jangan ukur kejayaan melalui harta benda atau hanya bergantung kepada kepandai seseorang sahaja....
Sembang sembang hari Rabu, jumpa lagi senyum senyum lah selalu. Orang yang berjaya adalah seorang yang sentiasa melihat kepada bahagia nyang cerah. olih itu jangan jemu untuk mengukir senyuman.
Mari kita renung renungkan dan fikir fikirkan tulisan di bawah ini hasil karya asli Ishak Haji Muhamd yang lebih di kenali sebagai Pak Sako.
Bahagian pertama.
Ada manusia yang di umpamakan seperti rambutan jantan. Apabila tiba musimnya ia berbunga seperti pokok pokok rambutan yang lain juga, lebat bunganya, dan apabila kembang, wangi baunya, dan datanglah kelulut dan kumbang kumbang menyedut madunya. Tetapi apabila pokok pokok rambutan lain berbuah lebat maka rambutan 'pondan' itu tidak berbuah.
Ada manusia yang di umpamakan seperti manggis yang tiada pandai menyimpan rahsia, yang lurus dan terlampau bodoh. Beberapa pangsa dibuntutnya maka sebanyak itulah isinya. Telinganya besar tapi pekak. Getahnya kuning seperti emas lapan. Bila menyelat yakni hampir hampir masak jadi kehitam hitaman dan warna buah buah yang cukup masak itu jadikan kiasan oleh manusia iaitu hitam hitam si buah manggis, sungguh hitam dipandang manis.
Sembang sembang hari selasa, jumpa lagi dan senyum senyum le selalu. Byeee.
Salam senin dan salam sejahtera buat kawn2 semua. Bersua kembali semuga sehat, ceria dan gumbira selalu.
Hari ini wak keletihan. Malam tadi sampai rumah pukul 1.00 pagi, jalam jam tapi bergerak perlahan2 dari tol Seremban sampai ke Nilai.
Kermarin (Ahad) Wak ke Melaka ke Taman Sri Duyung memenuhi undangan majlis perkahwinan.
Selesai majlis kul 3ptg otw ke Bandar Hilir ronda2 dekat dataran pahlawan beli barang apa yang patut.
Lepas sembayang magrib baru nak balik. Singgah makan kat D Percik dan rehat2 kan badan sambil menjamu selera.
Masakkan nya kira ok jugak le.Perut pun dah kenyang hati pun senang. Sebelum mulakan perjalanan,setat enjin kereta baca doa perjalanan, Wak n family pun Otw ke KL.
Tu le cerita hari ini. Jumpa lagi dan senyum2 le selalu. Byeee.
Salam sejahtera dan salam hujung minggu buat kawan2 semua.
Tengah hari semalam wak msg putri anissa bertanyakan kabar tapi tiada jawapan mungking kesibukan dengan tugasan hariannya.
Malam tadi kalau tak silap wak dalam pukul 12.30 pagi (sabtu )wak terima msg. bukak ada msg dari putri anissa.........yang berbunyi bagini.......
Mintak maaf wak putri baru nampak msg wak.Td tphon tiada kat putri. Purti baru sedar, tapi lemah lagi.Putri ada kat hospital Damansara wak, pagi tadi (Jumaat) admittied. Sampaikan salam putri untuk semua blogger ekawan.
Kawan kawan marilah kita sama sama berdoa agar putri anissa cepat sembuh dan sehat seperti biasa.
Jumpa lagi lagi insyallah. Senyum2 le selalu.Assalammualaikum.